awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor rugi lebih RM9,000 disamun individu berparang 

Astro AWANI
Astro AWANI
11/03/2026
00:14 MYT
Kontraktor rugi lebih RM9,000 disamun individu berparang 
Hasil siasatan dan risikan pihak polis, kenderaan yang dicuri berjaya dijumpai dalam tempoh sejam selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sekitar Jalan Prima, Puchong.
Seorang kontraktor kerugian lebih RM9,000 selepas menjadi mangsa samun bersenjata di sebuah ladang sawit di sekitar kawasan Bukit Perah, Banting, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata dalam kejadian itu mangsa berusia lingkungan 50-an telah didatangi oleh dua suspek lelaki warga tempatan yang bertanyakan jalan keluar dari ladang itu.
Beliau berkata seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang sebelum bertindak mengikat tangan serta kaki selain turut menendang muka mangsa lelaki warga tempatan itu sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian muka.
“Suspek telah melarikan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih, sebuah telefon bimbit jenis Oppo, serta barangan peribadi pengadu termasuk dokumen penting dan wang tunai dianggarkan RM9,500.
“Hasil siasatan dan risikan pihak polis, kenderaan tersebut berjaya dijumpai dalam tempoh sejam selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sekitar Jalan Prima, Puchong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui talian 03-3187 2222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontraktor rugi
#samun bersenjata
#ladang sawit
#Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan