awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor tapak pembinaan digesa uruskan risiko kerja pembinaan di musim tengkujuh

Bernama
Bernama
17/12/2023
06:15 MYT
Kontraktor tapak pembinaan digesa uruskan risiko kerja pembinaan di musim tengkujuh
Insiden kren tumbang dan menghalang landasan komuter pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa semua pemilik projek dan kontraktor untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan tapak pembinaan semasa musim tengkujuh ini.
Ketua Eksekutif CIDB Datuk Mohd Zaid Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata cuaca buruk dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sememangnya memberi risiko yang tinggi kepada keselamatan di tapak bina dan kerap menyebabkan kerosakan jentera.
"Dalam kes kren tumbang dan menghalang landasan komuter pada Selasa lepas, siasatan awal CIDB mendapati kren tersebut tumbang disebabkan air bertakung yang mengurangkan kekuatan tanah akibat hujan berterusan sejak 2 petang hari tersebut.
"Dalam kes ini, CIDB telah mengeluarkan arahan berhenti kerja di tapak pembinaan tersebut sementara siasatan dilaksanakan.
"Penjadualan kerja-kerja pembinaan perlu mengambil kira keadaan cuaca supaya kerja-kerja yang berisiko tinggi dan melibatkan penggunaan jentera boleh dilaksanakan sebelum musim hujan," katanya.
Pada Selasa lepas, perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
Mohd Zaid berkata sebarang kerja-kerja pembinaan berdekatan kawasan trafik dan pengangkutan awam juga perlu mematuhi garis panduan serta peraturan sedia ada, malah CIDB telah membangunkan kod amalan berkaitan keselamatan dan kesihatan melalui penyediaan Standard Industri Pembinaan (CIS) yang boleh dirujuk.
"Antara CIS yang boleh dirujuk berkaitan projek pembangunan kawasan pengangkutan awam khususnya landasan kereta api/tren/monorel adalah CIS 28:2021 - Public and Road User Safety, Construction Working Adjacent to and Above Roadways," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#cidb
#keselamatan tapak pembinaan
#pemilik projek dan kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan