awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi PM diberi laluan sebelum ambulans untuk elak risiko kemalangan - Polis

Nailah Huda
Nailah Huda
27/12/2021
05:47 MYT
Konvoi PM diberi laluan sebelum ambulans untuk elak risiko kemalangan - Polis
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat mengulas mengenai video yang memaparkan sebuah ambulans dihentikan bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri pada Ahad. - Gambar ihsan Syazwan Shah.
KUALA LUMPUR: Konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi keutamaan sebelum ambulans ketika di persimpangan di Hulu Langat pada Ahad bagi mengelak kemalangan jalan raya, menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at.
Beliau mengulas mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sebuah ambulans dihentikan di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri ketika meninjau kerja-kerja pembersihan buat mangsa banjir.
“Kejadian tersebut berlaku pada 26 Disember 2021 jam lebih kurang 11.30 pagi semasa rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat sendiri kerja-kerja pembersihan dilaksanakan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat ke lokasi lain di Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat dengan diiringi oleh polis trafik,” jelasnya.
Video Tular | Beri laluan konvoi PM bagi elak kemalangan - Polis
Azman berkata, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan.
“Anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut untuk tempoh masa yang singkat.
“Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan,” ujar beliau.
Jelasnya, sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan jalan kepada kenderaan pacuan empat roda dan ambulans berkenaan, tindakan itu akan “mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya”.
Justeru, kata Azman, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang dilaksanakan oleh anggota trafik tersebut.
“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans dan kenderaan pacuan 4x4 berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku,” menurut kenyataan itu lagi.
Video viral insiden terbabit sebelum ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial menerusi laman Twitter.
Topic Berkaitan
#konvoi
#Ambulans
#banjir
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan