awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah

Bernama
Bernama
15/12/2024
11:00 MYT
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Fadillah yang bertanggung jawab memantau status projek di Sabah dan Sarawak berkata sebanyak 11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak, dengan pelbagai langkah sedang diambil untuk menyelesaikan isu yang dihadapi. - Gambar fail
KOTA SAMARAHAN: Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ketiadaan koordinasi yang baik boleh menyebabkan agensi pelaksana Persekutuan memberikan maklumat yang berlainan dengan apa yang diberikan oleh agensi pelaksana peringkat negeri.
“Kebanyakan masalahnya ialah kemas kini status projek. Kadang-kadang di peringkat kementerian, data yang ada berdasarkan apa yang dimasukkan tetapi bila kita bermesyuarat projek itu ada yang sudah bermula tapi masih tidak dikemas kini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Status Pelaksanaan Projek/Program Pembangunan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata koordinasi yang baik ini akan memastikan peruntukan digunakan secara efisien dan projek dilaksanakan mengikut jadual, selain memudahkan pemantauan bagi menangani sebarang cabaran dalam pelaksanaan projek.
“Seperti biasa dalam pelaksanaan projek ini kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan daripada pelaporan (dalam mesyuarat) itu tadi, masih ada juga projek daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) belum dapat disempurnakan,” katanya.
Fadillah yang bertanggung jawab memantau status projek di Sabah dan Sarawak berkata sebanyak 11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak, dengan pelbagai langkah sedang diambil untuk menyelesaikan isu yang dihadapi.
Beliau berkata jumlah projek sakit adalah sedikit jika dibandingkan dengan projek Persekutuan yang dilaksanakan mengikut jadual di negeri itu.
“Ada (projek sakit) yang dapat diselamatkan dan dapat disiapkan tapi ada yang terpaksa dibincangkan sama ada projek akan ditamatkan kontrak disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkannya dan kita akan terpaksa tender semula,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Sarawak
#kerajaan Persekutuan
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan