awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban kemalangan pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50

Bernama
Bernama
05/07/2021
05:11 MYT
Korban kemalangan pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50
Pihak berkuasa Filipina telah menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50 termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.
MOSCOW: Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.
Jeneral Edgard Arevalo pada Isnin berkata, pihak berkuasa telah menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50. Korban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.
Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Arevalo.
Terdahulu, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat.
Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo pada Ahad, ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.
Menurut Arevalo, tentera Filipina telah menggantung sementara penerbangan pesawat C-130. - BERNAMA
Nahas | 17 maut pesawat tentera Filipina terhempas
Topic Berkaitan
#Filipina
#pesawat tentera
#pesawat C-130
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan