awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
Konflik Asia Barat: Iran terbuka kepada rundingan yang berprinsip dan logik
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Dapatkan maklumat terkini daripada kementerian berkaitan - MMA

Bernama
Bernama
26/01/2020
07:07 MYT
Koronavirus: Dapatkan maklumat terkini daripada kementerian berkaitan - MMA
Nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai langkah pencegahan perlu dipandang serius, kata Persatuan Perubatan Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan hanya mendapatkan maklumat terkini mengenai kes 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia daripada Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang berkaitan melalui kenyataan yang dikeluarkan dalam media.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran berkata, ia bagi mengelak orang ramai berkongsi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan ketakutan dan panik.
"Nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai langkah pencegahan perlu dipandang serius. Ini adalah masa untuk semua pihak meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dalam mengendalikan situasi yang kompleks ini.
"Kami percaya bahawa isu ini dikendalikan dengan baik oleh Kementerian Kesihatan di bawah pimpinan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kerajaan sedang melakukan yang terbaik dengan mengambil langkah sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini. BACA: Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal - Tun M BACA: Mustahil untuk kuarantin semua pelancong China di Malaysia - Tun M
MMA turut menasihati penyedia penjagaan kesihatan termasuk doktor, ahli farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan kakitangan sokongan untuk terus mematuhi piawaian kawalan jangkitan sedia ada bagi melindungi diri mereka ketika melaksanakan tugas.
Setakat ini, empat kes koronavirus disahkan di negara ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Persatuan Perubatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan