awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos subsidi BUDI95 melonjak, semakan kedudukan kewangan dilihat wajar - Ahli ekonomi

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
05:39 MYT
Kos subsidi BUDI95 melonjak, semakan kedudukan kewangan dilihat wajar - Ahli ekonomi
Mohd Afzanizam berkata lonjakan kos subsidi hampir enam kali ganda daripada sekitar RM700 juta sebulan kepada kira-kira RM4 bilion ketika ini memerlukan penilaian semula, khususnya jika tekanan pasaran tenaga global berlarutan. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata lonjakan kos subsidi hampir enam kali ganda daripada sekitar RM700 juta sebulan kepada kira-kira RM4 bilion ketika ini memerlukan penilaian semula, khususnya jika tekanan pasaran tenaga global berlarutan.
“Jika ketidaktentuan global berpanjangan, kemungkinan akan berlaku pelarasan semula bajet dan itu adalah perkara biasa dalam pengurusan fiskal sesebuah negara,” katanya ketika menjadi panel jemputan pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk Satu Saf: Mendepani Cabaran Global di sini, pada Khamis.
Menurut beliau, langkah semakan semula belanjawan bukan sesuatu yang luar biasa, malah pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
Untuk rekod, kerajaan pernah mengumumkan pelarasan Bajet 2016 susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang menjejaskan hasil negara, sekali gus memerlukan penstrukturan semula perbelanjaan serta keutamaan fiskal.
Langkah sama turut dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021 menerusi beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN, PENJANA dan PERMAI bagi menyokong rakyat serta perniagaan, yang secara tidak langsung melibatkan penyesuaian ketara terhadap perancangan bajet asal.

Selain itu, pada 2023, kerajaan turut membentangkan semula Bajet 2023 yang lebih bersasar susulan perubahan pentadbiran, dengan penekanan kepada subsidi bersasar dan pengukuhan kedudukan fiskal negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan menggesa orang ramai bersedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan pasaran minyak global.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata krisis tenaga global semasa telah mendorong peningkatan harga bahan api, sekali gus memberi tekanan kepada kos operasi perniagaan dan berpotensi menyumbang kepada kenaikan harga barang, termasuk risiko aktiviti pencatutan.

“Justeru, terdapat keperluan bagi kerajaan untuk terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada supaya amalan perniagaan tidak beretika dapat dibendung serta harga barang dapat dikawal sebaik mungkin,” katanya.

Beliau menyifatkan langkah kerajaan dalam menstabilkan ekonomi negara sebagai berhemah, khususnya melalui pelaksanaan bantuan bersasar serta penggunaan ruang dasar secara berhati-hati dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
Mohd Afzanizam berkata usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara turut dapat dilihat melalui pelaksanaan sistem percukaian seperti e-invois, cukai digital dan rasionalisasi subsidi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Defisit fiskal negara menunjukkan trend penurunan daripada sekitar 6.4 peratus pada 2021 kepada kira-kira 3.7 peratus tahun lalu, mencerminkan disiplin pengurusan kewangan yang semakin baik.

“Malaysia berada dalam kedudukan yang kukuh, namun kita tidak terkecuali daripada kejutan global. Sebab itu kerajaan menekankan perbelanjaan berhemah serta penambahbaikan dasar subsidi,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan bantuan bersasar berasaskan data bagi memastikan sokongan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Mohd Afzanizam turut berkongsi bahawa kisah dalam Surah Yusuf, khususnya ayat 47 hingga 49, yang menggambarkan tujuh tahun kemakmuran diikuti tujuh tahun kemarau, boleh dijadikan panduan strategik dalam memahami kitaran ekonomi global.

Beliau berkata konsep menyimpan lebihan ketika ekonomi berkembang sebagai persediaan menghadapi tempoh mencabar amat relevan kepada kerajaan, peniaga dan isi rumah dalam mengurus risiko ketidaktentuan semasa.

Sementara itu, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor, Senator Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata pendekatan kerajaan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global bertepatan dengan pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Beliau berkata langkah persediaan awal termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi mengurangkan kos pengangkutan dan penggunaan bahan api adalah wajar dalam keadaan semasa.

Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi ketika ini merupakan isu global, termasuk kesan gangguan terhadap laluan utama perdagangan tenaga dunia seperti Selat Hormuz.

“Sebab itu kita lihat apabila laluan ini terjejas walaupun dalam tempoh singkat, kesannya dirasai di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata pengalaman semasa pandemik COVID-19 juga membuktikan pendekatan seperti BDR serta pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) mampu menjimatkan kos tanpa menjejaskan operasi organisasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI MADANI
#COVID19
#BDR
#kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan