awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Sedia asrama khas antara kaedah atasi masalah pelajar di sempadan - Mohamed Fadzli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kedah serbu premis kediaman simpan 288kg minyak masak peket secara tidak sah

Bernama
Bernama
08/04/2026
04:58 MYT
KPDN Kedah serbu premis kediaman simpan 288kg minyak masak peket secara tidak sah
Hasil pemeriksaan KPDN membawa kepada penemuan sejumlah minyak masak yang dipercayai digunakan untuk tujuan menggoreng kerepek. - Foto FB KPDN Kedah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyerbu sebuah premis kediaman yang didapati menyimpan 288 kilogram (kg) minyak masak peket secara tidak sah di Kampung Sungai Limau, di sini Ahad lepas.
Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan dilakukan kira-kira 11 pagi itu dilakukan empat anggota penguat kuasa KPDN Baling setelah membuat risikan sejak seminggu lepas ekoran aduan diterima.
“Premis kediaman tersebut menjalankan aktiviti memproses makanan ringan tempatan. Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sejumlah minyak masak yang dipercayai digunakan untuk tujuan menggoreng kerepek.
“Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis itu gagal untuk mengemukakan permit atau kebenaran Pengawal Bekalan bagi tujuan menyimpan minyak masak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan serbuan seterusnya menyita sebanyak 288 peket minyak masak polibeg 1kg untuk siasatan lanjut dengan jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan RM720 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
“KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#minyak masak
#serbuan
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan