awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN mohon guna fasiliti TLDM perkukuh operasi banteras penyelewengan subsidi di Sabah

Bernama
Bernama
11/04/2026
01:54 MYT
KPDN mohon guna fasiliti TLDM perkukuh operasi banteras penyelewengan subsidi di Sabah
Shahril Nizam (kiri) dan Erman berjabat tangan ketika pertemuan mereka di KPDN Sabah, Koyta Kinabalu, semalam. - Foto KPDN Sabah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memohon supaya fasiliti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat digunakan dalam usaha memperkukuh operasi membanteras penyelewengan subsidi minyak, khususnya di kawasan pesisir dan sempadan negeri Sabah.
Pengarah KPDN Sabah Shahril Nizam Shahidin berkata usaha itu dilihat mampu membantu KPDN memperluas capaian operasi terutama dalam menangani aktiviti penyeludupan serta penyelewengan barangan kawalan seperti petrol dan diesel.
“Ia menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama dua hala, perkongsian maklumat serta penyelarasan tindakan antara KPDN dan TLDM ke arah mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan subsidi kerajaan secara bersepadu.
“Di samping itu, ia juga bagi memastikan keselamatan bekalan dan kestabilan pasaran sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, selepas menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan, semalam.
Shahril Nizam berkata antara perkara lain dibincangkan dalam pertemuan itu, termasuk pelaksanaan operasi bersepadu yang akan diperhalusi dari segi mekanisme dan bidang kuasa bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Beliau berkata langkah itu dilihat mampu meningkatkan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan, sekali gus memastikan keselamatan bekalan serta kestabilan pasaran di Sabah terus terpelihara.
“Antara topik utama lain yang turut dibincangkan ialah pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI sebagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Sabah
#TLDM
#operasi
#penyelewengan subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan