awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak tumpas aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/01/2025
02:00 MYT
KPDN Perak tumpas aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan
Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemui sebanyak 393 unit sabun pencuci, disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut. - Foto KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan dalam dua serbuan di Seri Iskandar dan Taiping, semalam.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan aduan oleh wakil pemilik cap dagang berhubung penjualan sabun pencuci berjenama terkenal yang disyaki tiruan di premis-premis berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemui sebanyak 393 unit sabun pencuci, disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.
“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas semua sabun pencuci terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, premis berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Sek 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan dan kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
Menurutnya, kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut.
“Nilai rampasan keseluruhan melibatkan dua premis di daerah tersebut dianggarkan berjumlah RM7,104.27,” ujarnya.
Katanya, KPDN ingin menegaskan agar peniaga tidak menjual barangan tiruan dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar Akta Cap Dagangan 2019.
Topic Berkaitan
#sabun pencuci
#kpdn
#tiruan
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan