awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan

Bernama
Bernama
04/04/2026
12:25 MYT
KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan
Dalam serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat, seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun ditahan kerana menyimpan bahan api itu tanpa kebenaran sah. - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 2,600 liter petrol dipercayai diseleweng dalam satu operasi bersepadu di Kampung Pagasaon, Pitas, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Kudat Nazatul Shima Karim berkata dalam serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat, seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun ditahan kerana menyimpan bahan api itu tanpa kebenaran sah.

“Minyak petrol itu disimpan dalam 13 tong drum yang diletakkan di bahagian belakang sebuah struktur bangunan dan ditutupi dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan.

Nazatul Shima berkata kes disiasat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah.

Katanya pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan bahan api kerana ia memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#petrol
#seleweng
#kpdn
#Sabah
#warga emas ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan