awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP bakal perkenal teknologi 'Retort' untuk panjangkan jangka hayat lebihan makanan

Bernama
Bernama
17/03/2021
14:24 MYT
KPDNHEP bakal perkenal teknologi 'Retort' untuk panjangkan jangka hayat lebihan makanan
Projek itu bertujuan mengelakkan lebihan makanan terbazir. - Gambar hiasan/ Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bakal melaksanakan projek rintis teknologi 'Retort' bagi menyelamatkan dan meningkatkan jangka hayat lebihan makanan yang masih baik dan belum disentuh daripada industri perhotelan dan katering.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek itu yang akan dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia di Perlis dan Hotel Primula di Terengganu pada tahun ini, bertujuan mengelakkan lebihan makanan terbabit terbazir.
"Program akan diperluas kepada pemain industri perhotelan dan katering yang lain sebagai antara langkah inovatif KPDNHEP untuk membantu golongan yang memerlukan," katanya dalam ucapan bersempena pelantikan Rakan Strategik Utama (RSU) Program Food Bank Malaysia (PFBM), di sini hari ini.
Nanta berkata PFBM dapat diperkasakan dengan pelantikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat sebagai RSU memandangkan pelaksanaan program itu memerlukan jalinan kerjasama sukarelawan selain tidak memberikan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan untuk dijayakan.
Beliau berkata pelantikan RSU akan dapat mengoptimumkan penggunaan secara bersama kemudahan aset dan logistik di antara KPDNHEP dan RSU, meningkatkan sumber sukarelawan program serta mengoptimumkan sumber sumbangan lebihan makanan.
"Penglibatan NGO dan syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam mengendalikan food bank (bank makanan) bagi menambah baik keberkesanan PFBM," katanya.
PFBM adalah antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sejak 2018 yang bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan isu pembaziran makanan yang masih boleh dimakan.
Menurut Nanta, setakat Januari 2021, seramai 624,445 ahli isi rumah mendapat manfaat daripada PFBM termasuk Program Food Bank Siswa yang diperkenalkan di 25 buah institusi pendidikan tinggi awam di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lebihan makanan
#pembaziran
#KPDNHEP
#Alexander Nanta Linggi
#mengelak pembaziran makanan
#perhotelan
#katering
#teknologi 'Retort'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan