awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK urus pembayaran subsidi minyak masak kepada syarikat pembungkusan

Bernama
Bernama
16/02/2017
09:44 MYT
KPDNKK urus pembayaran subsidi minyak masak kepada syarikat pembungkusan
HAMZAH: Kekurangan bekalan minyak masak disebabkan kegagalan syarikat pembungkusan mengemukakan dokumen lengkap bagi proses tuntutan subsidi. - Gambar fail
Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa negeri ketika ini disebabkan kegagalan syarikat pembungkusan mengemukakan dokumen lengkap bagi proses tuntutan subsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu pembayaran subsidi kepada syarikat terbabit.
"Ada sedikit masalah teknikal seperti borang (tuntutan daripada syarikat pembungkusan) tidak lengkap.
"Saya sudah pun berbincang dengan Menteri Kewangan II untuk membantu masalah ini, KPDNKK akan ambil alih untuk menyelesaikan dan membayar terus kepada syarikat pembungkusan," katanya.
BACA: KPDNKK bekerjasama dengan SKMM tangani budaya 'berita tergempar'
BACA: Kerajaan tidak keluarkan notis kenaikan harga minyak kepada peniaga - Hamzah Zainuddin
Beliau berkata demikian bagi menjawab isu kekurangan minyak masak di pasaran selepas menyampaikan amanat 2017 kepada gerakan koperasi, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dekat sini hari ini.
Semalam, KPDNKK turut mengarahkan 48 pasar raya di Kelantan mengehadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada dua kilogram seorang bagi mengatasi kekurangan bekalan bahan asas itu di pasaran ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#harga minyak masak
#Koperasi dan Kepenggunaan
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan