awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/05/2024
03:07 MYT
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Sawit Kinabalu kini mempunyai 13,000 ekor lembu dan akan mencapai sasaran 25,000 ekor lembu menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan bekalan daging di negeri itu. - Gambar fail
TAWAU: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) memperuntukkan RM15 juta untuk meningkatkan komoditi daging lembu di Sabah.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di wilayah itu hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan tersebut ia akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Kos peruntukan membabitkan pembelian 1660 ekor lembu baka Brangus dan brahman cross yang diimport dari Australia.
"Kita telah serahkan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Sawit Kinabalu untuk membeli 1,660 ekor lembu baharu daripada Australia yang dijangka sampai pada Julai atau Ogos tahun ini.
"Melalui program ini, Sawit Kinabalu akan memulakan program membiakkan baka untuk menambahkan lagi populasi lembu untuk mencapai sasaran 25,000 ekor lembu di kawasan ternakan intergrasi di sini, maka melalui kaedah itulah kita boleh meningkatkan lagi kadar sarah diri bagi daging lembu di Sabah dan Malaysia.
Tambahnya peruntukan tersebut juga menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri dalam pengeluaran makanan asas tani bagi mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.
"Peruntukan yang disalurkan pada hari ini terletak dibawah program mengoptimumkan kegunaan tanah yang mana kerajaan persekutuan akan memberi peruntukan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.
"Ini menunjukkan komitmen daripada kerajaan persekutuan bahawa kita sangat sangat serius untuk melipat gandakan usaha untuk meningkatkan kadar sarah diri kita dan mengurangkan kebergantungan kita kepada barangan import.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan mock cheque kepada pengawal perladangan 1 kumpulan Sawit Kinabalu, Abdul Halim Alimuddin di dewan Pusat Internet Sungai Balung Tawau.
Sawit Kinabalu kini mempunyai 13,000 ekor lembu dan akan mencapai sasaran 25,000 ekor lembu menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan bekalan daging di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#daging lembu
#Sabah
#Arthur Joseph Kurup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan