awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2022
09:32 MYT
KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
KPKT melantik 25 orang Panel Berkepakaran dalam bidang perumahan bagi mengkaji akses pemilikan rumah kepada rakyat pasca pandemik COVID-19. - Foto KPKT
PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 25 orang Panel Berkepakaran dalam bidang perumahan bagi mengkaji akses pemilikan rumah kepada rakyat pasca pandemik COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan itu merupakan inisiatif strategik yang menggabungkan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dan program perumahan terbaik untuk rakyat.
Tambah beliau, pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.
Niaga AWANI: Perumahan | Peranan SPNB membina rumah mesra rakyat
“Setakat ini ada kawasan-kawasan tertentu sahaja dianggap kawasan yang mampu milik, jadi kita akan buat kajian. Apa guna kita buat rumah dan kita tetapkan harga, tapi hakikatnya harga itu tidak mampu (dimiliki) di situ.
“Sebab itu perumahan mampu milik ini tak boleh statik, dia kena dinamik. RM250,000 mungkin mampu di Pulau Pinang tapi tak mampu di Kinabatangan, Sarikei. Jadi, kena ada formula yang lebih baik.
“Sebab itu pemetaan, penyediaan perumahan rumah mampu milik secara lebih tersusun, teratur dan holistik wajar kita lakukan,” katanya.
BACA: Rumah Mampu Milik: Kegagalan pemaju antara punca tidak capai sasaran
BACA: KPKT tubuh 'panel pakar' kaji semula harga siling rumah mampu milik
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Watikah Pelantikan Panel Berkepakaran KPKT di sini pada Selasa.
Antara individu yang menerima watikah tersebut ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani.
Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan juga merupakan salah seorang panel.
Dalam pada itu, Reezal Merican menegaskan beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap 25 orang Panel Berkepakaran yang baru dilantik itu.
Perumahan | Pastikan rumah dibina benar-benar mampu milik
“Ini kerana saya mempunyai keterbatasan dalam mempunyai maklumat dan pengetahuan, dan saya perlu dibantu.
“Saya juga terbuka untuk mendapat penglibatan daripada semua pemegang taruh agar bila kita buat keputusan, ia keputusan dan pendekatan menyeluruh. Kita tak boleh bertindak secara terasing tapi kita perlu dalam bentuk kesepaduan,” ujarnya.
BACA: RMK12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM
BACA: RMK12: Kerajaan sasar lebih ramai rakyat Malaysia miliki rumah mampu milik
Katanya lagi, panel berkenaan diwujudkan demi merealisasikan matlamat kerajaan untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Hasil daripada perbincangan dan dapatan akan dibawa kepada Majlis Perumahan Negara untuk pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
Topic Berkaitan
#rumah mampu milik
#Reezal Merican
#golongan muda
#beli rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan