awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT, LPNPP bakal bina PPR baharu di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
02/03/2023
09:30 MYT
KPKT, LPNPP bakal bina PPR baharu di Pulau Pinang
Azhar berkata perbincangan mengenai peruntukan bagi setiap negeri masih dijalankan antara kementerian itu dengan agensi terlibat. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sedang giat mencari lokasi sesuai untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di negeri ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT Datuk Azhar Ahmad berkata lawatannya ke Pulau Pinang hari ini adalah untuk meninjau beberapa tapak pembangunan yang dicadangkan untuk projek PPR baharu itu serta menentukan kesesuaiannya.
Beliau berkata belum ada maklumat lanjut mengenai pembangunan PPR itu memandangkan masih terdapat beberapa tapak yang akan dilawati dan rancangan terperinci masih belum dimuktamadkan.
"Diharapkan kerajaan negeri menerusi LPNPP akan mengenal pasti lokasi berpotensi yang sedia untuk pembangunan supaya projek ini boleh dibina tanpa sebarang halangan.
"Maklumat lanjut mengenai tapak PPR akan diberi kemudian, tetapi Pulau Pinang akan ada PPR baharu," katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM367 juta untuk projek PPR baharu yang bakal memberi manfaat kepada 12,400 penghuni manakala RM50 juta lagi untuk membaik pulih lif usang di PPR sedia ada.
Bagaimanapun, Azhar berkata perbincangan mengenai peruntukan bagi setiap negeri masih dijalankan antara kementerian itu dengan agensi terlibat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#pulau pinang
#LPNPP
#PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan