awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN sudah ada 'plan' lepas pencen

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2019
10:17 MYT
KPN sudah ada 'plan' lepas pencen
Mohamad Fuzi tetap bergembira setelah tanggungjawab yang dipikulnya selama ini dijalankan dengan baik. - Foto BERNAMA
"Saya bujang ni, mungkin saya kahwin, cari bini sebagainya."
Itu reaksi spontan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun apabila ditanya apa perancangan beliau selepas bersara.
Katanya, pelbagai perkara boleh dilakukannya termasuk menjual durian pasca persaraan pada Mei kelak.
"Jangan risau apa saya nak buat nanti... mungkin jadi penjual durian tepi jalan, tanam durian..dan kamu mungkin boleh ambil gambar, beli durian kalau saya jual," katanya dalam nada ketawa.
Beliau berkata demikian selepas majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-63 dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi tetap bergembira setelah tanggungjawab yang dipikulnya selama ini dijalankan dengan baik.
"Saya tidak susah hati... gembira saja. Harap kita telah menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik," katanya.
Terdahulu, spekulasi bertiup kencang berhubung desas-desus siapa yang akan menggantikan Mohamad Fuzi yang akan menamatkan perkhidmatannya pada Mei ini.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#ketua polis negara cari isteri
#KPN
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan