awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT perkukuh ekosistem universiti, industri - Zambry

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
05:13 MYT
KPT perkukuh ekosistem universiti, industri - Zambry
Zambry pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PPRN 2026 anjuran KPT dengan kerjasama USM, hari ini. - Gambar Bernama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memperkukuh ekosistem kerjasama antara universiti dan industri termasuk mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata sistem pendidikan tinggi tidak lagi tertumpu di kampus semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan industri secara langsung.
Beliau berkata kerjasama itu kini telah mula menunjukkan hasil menerusi kajian, inovasi serta aspek pengkomersialan yang dipamerkan.
“Ini bukan hanya permulaan, tetapi kita telah melangkah ke hadapan.
“Usaha berterusan perlu dilakukan termasuk memperkukuh kerjasama antara kementerian dan sektor swasta,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim.
Zambry berkata universiti juga perlu menghasilkan penyelidikan yang boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan sendiri.
“Kita setuju bahawa matlamat akhirnya hasil daripada penyelidikan ini dapat membantu menjana pendapatan untuk universiti,” katanya.
Beliau berkata satu persidangan besar melibatkan pemain industri dan universiti akan diadakan pada September bagi menggabungkan hasil penyelidikan dengan aspek pengkomersialan yang sebelum ini terhad.
Persidangan anjuran KPT dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini itu, bertujuan mengetengahkan projek-projek PPRN berimpak tinggi yang berjaya menyelesaikan permasalahan industri serta meningkatkan daya saing syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPRN
#universiti
#daya saing
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan