awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis bekalan makanan: Segerakan penggunaan teknologi pertanian - Salahuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2022
03:33 MYT
Krisis bekalan makanan: Segerakan penggunaan teknologi pertanian - Salahuddin
SALAHUDDIN: Meskipun ada yang menyifatkan kenaikan harga sayur-sayuran bersifat sementara, namun saya menggesa kerajaan mempercepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian. - Gambar fail
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kerajaan mempercepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian bagi memastikan harga sayuran dapat dikawal.
Salahuddin berkata, inisiatif berkenaan perlu melibatkan golongan pemegang taruh seperti petani, usahawan tani, badan pemikir seperti Khazanah Research Institute (KRI) agar penghasilan sayuran tidak terjejas selain mampu merapatkan jurang pertanian moden.
"Sekitar hujung bulan Mei baru-baru ini, saya telah mengadakan satu lawatan ke pasar tempatan di Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Ketika tinjauan dibuat, ada peniaga dan pembeli yang mengadu kenaikan harga sayuran semakin tinggi, misalnya harga timun yang dulu boleh dibeli dengan harga RM3 per kilogram (kg), kini naik kepada RM7 per kg. Julat kenaikan adalah sekitar RM2 hingga RM8 per kg.
"Meskipun ada yang menyifatkan kenaikan harga sayur-sayuran bersifat sementara, namun saya menggesa kerajaan mempercepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.
Dalam pada itu Salahuddin turut menyertakan pautan laporan harga terkini peringkat runcit komoditi harian mengikut negeri yang dikeluarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 4 Jun lalu.
Orang ramai boleh menyemak harga terkini barangan runcit komoditi menerusi laman sesawang https://sdvi2.fama.gov.my/price/direct/price/daily_commodityRpt.asp
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#teknologi pertanian
#krisis bekalan makanan
#kenaikan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan