awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Iran permudah pergerakan kapal negara bukan musuh melalui Selat Hormuz - Kementerian Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis perlindungan kanak-kanak semakin parah di Congo - UNICEF

Reuters
Reuters
26/03/2026
06:17 MYT
Krisis perlindungan kanak-kanak semakin parah di Congo - UNICEF
Data terkini PBB menunjukkan lebih tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal di timur Congo termasuk 2.5 juta kanak-kanak. - Gambar fail
UNICEF pada Rabu memberi amaran mengenai krisis perlindungan kanak-kanak yang semakin teruk dan peningkatan ancaman terhadap pekerja kemanusiaan di Republik Demokratik Congo ketika keganasan semakin meningkat di timur negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Gilles Fagninou, pengarah wilayah Afrika Barat dan Tengah UNICEF, berkata demikian selepas tamat lawatan lima hari ke negara tersebut dan beliau telah bertemu pihak berkuasa kerajaan serta wakil pemberontak AFC/M23.
Perbincangan mereka menumpukan pada kemajuan ketara yang dicapai dan cabaran yang masih ada dari segi hak kanak-kanak di Congo, menurut satu kenyataan.
Data terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan lebih tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal di timur Congo termasuk 2.5 juta kanak-kanak.
Pada 2024, hampir 4,000 pencabulan hak kanak-kanak yang serius telah direkodkan, dengan kanak-kanak mewakili lebih 40 peratus mangsa keganasan seksual, menurut data.
"Serangan ke atas sekolah, kemudahan kesihatan dan infrastruktur awam terus meningkat, menyebabkan kanak-kanak kehilangan keselamatan dan perkhidmatan penting," menurut kenyataan itu.
Agensi kanak-kanak itu juga memberi amaran tentang peningkatan keganasan yang menjejaskan operasi kemanusiaan.
Pada 2025, lebih 626 insiden yang menjejaskan penggiat kemanusiaan direkodkan di seluruh negara, menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
“Serangan ke atas pekerja bantuan bukan hanya menyasarkan pekerja bantuan; mereka menyasarkan kanak-kanak dan keluarga yang bergantung pada bantuan menyelamatkan nyawa," kata Fagninou.
"Setiap kali akses disekat, makanan, air dan ubat-ubatan tidak sampai kepada mereka yang paling memerlukannya."
Menurut PBB, orang awam di Congo diserang oleh banyak kumpulan bersenjata, terutamanya pemberontak M23, Allied Democratic Forces (ADF) dan kumpulan militia CODECO.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#UNICEF
#Kanak-kanak
#Congo
#kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan