awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Sembilan rakyat Malaysia terkandas bakal tiba di KL esok

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2022
05:53 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Sembilan rakyat Malaysia terkandas bakal tiba di KL esok
Kerajaan Malaysia turut membantu membawa keluar seorang warganegara Singapura bersama-sama rombongan rakyat Malaysia ke Poland. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang sebelum ini terkandas di Kiev, ibu negara Ukraine dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di media sosial memaklumkan kerajaan Malaysia turut membantu membawa keluar seorang warganegara Singapura bersama-sama rombongan rakyat Malaysia ke Poland.
Kata beliau, ia dilakukan atas dasar persahabatan dan diplomatik.
"Saya menghargai ucapan penghargaan dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, dalam laman Facebook rasmi mereka “A friend in need’’ dan kerajaan Malaysia juga sentiasa meraikan keakraban kedua-dua negara.
KRISIS RUSIA - UKRAINE MERUNCING, LAPORAN KOMPRENSIF DI SINI
"Kita tempuhi bersama sebagai satu keluarga dan bekerja bersama sebagai satu keluarga ASEAN," katanya.
Mereka sebelum ini selamat tiba di Poland kira-kira jam 5.45 pagi semalam selepas mengharungi perjalanan darat lebih 10 jam dari Kiev.
Konvoi yang memindahkan sembilan rakyat Malaysia, dua anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura itu tiba Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine-Poland.
Ia diketuai Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Fadillah Daud yang disambut dua pegawai kedutaan Malaysia di Poland sebaik tiba.
Krisis Rusia-Ukraine | Konvoi rakyat Malaysia selamat tiba di Poland
Topic Berkaitan
#Ukraine
#ismail sabri yaakob
#Rusia
#poland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan