awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Booking.com sahkan kebocoran data, maklumat pelanggan diakses penggodam
Gagal sumbang PIBG: Sekolah tidak dibenar tahan sijil, dokumen rasmi murid - JPNS
Meta perkukuh kerjasama Broadcom, bangunkan cip AI MTIA generasi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global: Kerajaan Negeri Perak teliti laksana penjajaran belanjawan - MB

Bernama
Bernama
15/04/2026
02:27 MYT
Krisis tenaga global: Kerajaan Negeri Perak teliti laksana penjajaran belanjawan - MB
Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti pelaksanaan penjajaran belanjawan bagi menghadapi impak krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, kata Saarani. - Gambar Bernama
Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti pelaksanaan penjajaran belanjawan bagi menghadapi impak krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan belanjawan tambahan bagi menampan impak krisis tersebut.
“Daripada pengalaman kita (semasa) COVID-19 kita tidak buat belanjawan tambahan, kita hanya buat penjajaran semula.
“Dengan bajet sedia ada, kita buat penjajaran semula di mana ada projek yang pada pendapat kita tidak boleh diteruskan kerana peningkatan kos binaan, barangkali kita jajarkan sahaja dalam bentuk bantuan untuk keperluan lain,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada Persidangan DUN Perak, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (PH-Kepayang) yang ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri Perak bersedia membentangkan belanjawan tambahan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat krisis tenaga global.
Saarani berkata, setakat ini selain bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri turut akan meneliti kaedah bantuan kepada rakyat termasuk jualan murah produk makanan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).
“Kita faham mereka akan terkesan sebab harga diesel mahal (naik). Lori yang bawa barang itu barangkali terjejas. Kalau kerajaan negeri bersetuju, kita ada wang, kita boleh beri subsidi kepada lori-lori berkenaan untuk membolehkan mereka terus bergerak ke pelbagai lokasi.
“Ia sekali gus membolehkan mereka akan kekal menjual harga barang pada paras yang sama walaupun harga diesel meningkat,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persidangan DUN Perak
#Saarani Mohamad
#krisis tenaga global
#penjajaran belanjawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan