awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN wakili anggota perkhidmatan awam ucap takziah pemergian Tun Abdullah

Bernama
Bernama
14/04/2025
23:40 MYT
KSN wakili anggota perkhidmatan awam ucap takziah pemergian Tun Abdullah
Shamsul Azri berkata Allahyarham Tun Abdullah merupakan bekas seorang penjawat awam yang cukup dekat di hati anggota perkhidmatan awam. - Facebook Shamsul Azri
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mewakili anggota Perkhidmatan Awam merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.
Dalam catatan di laman Facebook rasmi, Shamsul Azri berkata negara kehilangan seorang negarawan yang amat besar jasa baktinya serta banyak mencurahkan budi dan pengorbanan sepanjang memimpin negara.
"Apatah lagi Allahyarham Tun juga merupakan bekas seorang penjawat awam yang cukup dekat di hati anggota perkhidmatan awam," katanya.
Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di IJN pada 7.10 malam dan perkara itu disahkan oleh menantunya Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram.
Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#penjawat awam
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan