awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, tanah runtuh

Bernama
Bernama
01/10/2014
15:22 MYT
Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, tanah runtuh
Beberapa kawasan di ibu kota ditenggelami air sedalam setengah meter. Sumber: Twitter
Hujan lebat selama sejam di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan insiden tanah runtuh yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, ketika warga kota ingin pulang daripada bekerja.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif ketika dihubungi Bernama berkata kawasan Jalan Raja Chulan dan sekitar Dang Wangi di sini dilanda banjir kilat dengan kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam setengah meter.
Katanya kejadian tanah runtuh berlaku pada 5.50 petang di hadapan Kondo Sri Putra Mas, di Jalan Duta Mas di sini yang menutupi separuh jalan, bagaimanapun tiada mangsa terperangkap dalam kejadian itu.
Samsol berkata pihak bomba telah menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan jentolak bagi membersihkan tanah runtuh tersebut.
Katanya terdapat juga kejadian pokok tumbang menghempap empat buah kenderaan berdekatan Balai Polis Sentul, di Jalan Ipoh, di sini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Sementara itu, warga media sosial turut kongsi gambar situasi banjir di Kuala Lumpur petang tadi:
Puluhan kenderaan di tenggelami air selepas KL di landa banjir kilat...http://t.co/LSh86n9ZGY.... pic.twitter.com/PLw26QnHmo
— Ismail Bukit Mas (@ismail_2012) October 1, 2014
Banjir jilat di KL pic.twitter.com/s5ZUvAKfFJ
— N I M (@zatymaraai) October 1, 2014
Kalau hujan lama lagi habis la banjir KL ni pic.twitter.com/z7ZTByBXlb
— azimah halim (@zimhalim) October 1, 2014
Kl banjir lg??peh peh. suboh esok lah sampai rumah. pic.twitter.com/5RB2t69X41
— Fara Lyana (@fayaidris) October 1, 2014
KL banjir pic.twitter.com/jQi0uOiFzB
— M.Anas (@anasomurad) October 1, 2014
Topic Berkaitan
#banjir
#KL
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan