awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuartet Menteri COVID-19 setuju beralih ke fasa endemik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/02/2022
09:50 MYT
Kuartet Menteri COVID-19 setuju beralih ke fasa endemik
Hishammuddin memaklumkan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 telah mengariskan tujuh tonggak yang perlu difahami orang ramai. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 bersetuju untuk beralih ke fasa endemik, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Namun demikian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan untuk menentukan pelaksanaan peralihan fasa itu bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri serta ahli-ahli pembangkang dan pakar-pakar kesihatan.
"Kerajaan menyedari sejak akhir-akhir ini banyak pihak mula bimbang susulan gelombang penularan varian Omicron serta peningkatan jumlah kes harian COVID19. Namun, kita tidak boleh berganjak daripada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, dalam peralihan ke fasa endemik, Hishammuddin memaklumkan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 telah mengariskan tujuh tonggak yang perlu difahami orang ramai.
Tujuh tonggak itu adalah seperti berikut:
i. Pematuhan satu prosedur operasi standard (SOP) umum dan sembilan garis panduan; ii. Sistem Amaran dan Tindakan (Heightened Alert System - HAS); iii. National Testing Strateg; iv. TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek); v. Automated FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support); vi. Pembukaan Sempadan Negara Secara Berperingkat; dan vii. Duta-Duta Pemerkasaan Komuniti
Mengulas lanjut, Hishammuddin beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran di seluruh negara.
“Sekiranya berlaku peningkatan kes di sesuatu kawasan, hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19
#fasa endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan