awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuih makmur, baju Melayu ungu kegemaran Tun Mahathir

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2018
06:04 MYT
Kuih makmur, baju Melayu ungu kegemaran Tun Mahathir
Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah melambaikan tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. --fotoBERNAMA
Sempena kehadiran Syawal, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan rakaman video istimewa mengenai sambutan Hari Raya kali ini.
Dalam video berdurasi 4 minit 33 saat itu, Dr Mahathir memilih kuih makmur sebagai kuih raya kegemarannya.
“Kuih makmur kurang gula...dulu banyak gula sekarang kurang gula,” katanya dalam video khas sempena Aidilfitri itu, yang dimuat naik di YouTube.
Selain itu, beliau juga berkongsi lagu raya pilihannya, iaitu lagu Selamat Hari Raya dendangan Allahyarham Sudirman Arshad.
Ditanya mengenai warna baju Melayu kegemarannya, Dr Mahathir sambil tersenyum mengatakan gemar warna ungu.
Selain itu, saat berkumpul bersama keluarga selepas pulang menunaikan solat sunat Aidilfitri dan berhari raya bersama keluarga merupakan memori indahnya setiap kali lebaran.
“Ada pada satu hari raya tu, semua ahli keluarga ada bersama... kadang-kadang ada yang tak dapat datang, tu tak begitu ceria lah.
“...tapi pada satu tahun tu, kita dapat semua sekali bersama dan dapat ambil gambar seluruh keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga berpesan kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan cermat dan tidak gopoh bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.
“Kepada semua yang sedang balik ke kampung ingatlah keluarga menunggu dan janganlah kecewakan mereka dengan terlibat dalam kemalangan di jalan raya,” tambahnya.
BACA: 'Masih bertimbun kerja, tak boleh rehat' - Dr Mahathir
Dalam kegembiraan menyambut Syawal, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun kerana boleh menyebabkan kecederaan sehingga jari terputus.
Akhir kata, beliau turut menjemput orang ramai untuk datang ke rumah terbukanya.
“Saya dan isteri, (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,” katanya yang turut mempersilakan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#keluarga
#kuih raya
#lagu raya
#Mahathir Mohamad
#rakyat
#rumah terbuka
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan