awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI - PM Anwar
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang kesedaran jika anggap tentera hanya makan, tidur - Mat Sabu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/10/2019
03:14 MYT
Kurang kesedaran jika anggap tentera hanya makan, tidur - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata, kutipan melalui Tabung Pahlawan akan disalurkan kepada Yayasan Veteran ATM dan akan digunakan untuk kebajikan anggota veteran yang terlibat. - Gambar hiasan
Kementerian Pertahanan mengakui tahap kesedaran rakyat mengenai pengorbanan tentera perlu dipertingkatkan kerana masih ada yang menganggap pasukan keselamatan itu hanya tahu ‘makan dan tidur’.
Menterinya Mohamad Sabu berkata, atas sebab itu, pihaknya mempergiatkan usaha meningkatkan tahap kesedaran dan penghargaan dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk memperhebatkan lagi kempen derma Tabung Pahlawan 2019.
“Di Malaysia ada yang kata tentera hanya makan dan tidur. Ini kerana, kesedaran berkurangan. Sebab itu kempen (Tabung Pahlawan) ini perlu digerakkan.
"Di sekolah, ada orang datang minta derma untuk Tabung Pahlawan, kita beri 10 sen, atau sekupang dua kupang. Bukan itu nilai yang dilihat, tetapi kesedaran.
"Tahun ini, jumlah penderma tinggi ialah mereka yang tidak berniaga dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini maksudnya, ada kesedaran.
"Mereka dapat menjadi korporat hebat kerana (negara) aman. Ini memerlukan kita terus berkempen,” katanya pada Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin mengetahui apakah yang boleh dibanggakan dengan nilai kutipan RM9.5 juta Tabung Pahlawan jika diambil kira terdapat kira-kira 95,000 veteran ATM di negara ini.
Terdahulu, sewaktu mendedahkan jumlah kutipan pada Majlis Makan Malam Tabung Pahlawan 21 Oktober lepas, Mohamad berkata, dana berkenaan akan disalurkan kepada Yayasan Veteran ATM dan akan digunakan bagi soal kebajikan anggota veteran yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#dana
#derma
#Dewan Rakyat
#kempen
#keselamatan
#kutipan
#makan tidur
#Mat Sabu
#Mohamad Sabu
#rakyat Malaysia
#Tabung Pahlawan
#tentera
#veteran tentera
#Yayasan Veteran ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan