awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuskop pertimbang cadangan tubuh sekretariat sebar inisiatif kerajaan kepada usahawan India

Bernama
Bernama
30/09/2023
21:30 MYT
Kuskop pertimbang cadangan tubuh sekretariat sebar inisiatif kerajaan kepada usahawan India
Saraswathy (duduk, dua, kiri) mendengar ulasan daripada usahawan komuniti India pada Seminar Koperasi dan Sesi Dialog bersama Usahawan Komuniti India di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya, 30 Sept 2023. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan mempertimbangkan cadangan bagi penubuhan sebuah sekretariat yang berperanan menyebarkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan kepada usahawan India di negara ini.
Timbalan Menteri berkenaan Saraswathy Kandasamy berkata cadangan itu dibangkitkan pada sesi dialog bersama usahawan komuniti India, di sini semalam.
"Satu masalah serius yang dibangkitkan usahawan adalah mengenai ketiadaan saluran untuk menyebarkan pelbagai inisiatif kerajaan dan kami telah menerima satu cadangan untuk menubuhkan sebuah sekretariat yang boleh menjadi pusat sehenti bagi memberi maklumat kepada usahawan dan koperator komuniti India," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Usahawan Komuniti India 2023 anjuran Kuskop dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Selain itu, Saraswathy berkata cadangan lain yang akan dipertimbangkan kementerian termasuk pengaktifan semula koperasi tidak aktif menerusi penggabungan koperasi serta penubuhan bank koperatif bagi membolehkan lebih banyak pembiayaan dapat diberikan kepada usahawan India.
Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Usahawan Komuniti India 2023 diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada koperasi dan usahawan India mengenai keperluan tadbir urus koperasi yang betul, cekap dan berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan India
#Saraswathy Kandasamy
#sekretariat sebar maklumat
#inisiatif kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan