awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenayah komersial 'membarah', polis giat bongkar modus operandi sindiket
KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di stesen minyak di Penampang
Kementerian Pendidikan Tinggi pantau harga makanan di IPTA, IPTS kawal harga - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP sasar salur Dana PENN sepenuhnya hujung tahun ini - Ramanan

Bernama
Bernama
28/10/2024
21:15 MYT
KUSKOP sasar salur Dana PENN sepenuhnya hujung tahun ini - Ramanan
Ramanan (tengah) beramah mesra bersama para penerima pembiayaan PENN pada Majlis Taklimat dan Penyerahan Pembiayaan Dana Khas PENN di sebuah hotel pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mensasarkan untuk menyalurkan keseluruhan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) berjumlah RM50 juta yang disediakan kepada Sahabat Usahawan India Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada hujung tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sehingga 30 September lepas, sebanyak RM22.715 juta sudah disalurkan kepada 2,644 wanita India yang menjadi Sahabat Usahawan AIM sejak PENN dilancarkan pada 13 April.
"Kita lihat sehingga Oktober, setelah enam bulan, memang ia (penyaluran dana) mengikut sasaran dan kita rasa pada hujung 2024 atau permulaan 2025 kita akan habis guna dana ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Taklimat dan Penyerahan Pembiayaan Dana Khas PENN, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, trend permohonan dan kelulusan terhadap dana itu memperlihatkan peningkatan dengan negeri Perak mencatatkan penerima paling ramai iaitu 818 orang diikuti Selangor (535) dan Pahang (292).
"Oleh itu, saya ingin menyeru lebih ramai wanita India, khususnya golongan muda dan lepasan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan supaya mereka menceburi bidang keusahawanan," katanya.
Ramanan berkata pihak KUSKOP dan agensi-agensi lain menyediakan banyak peluang, latihan dan skim pembiayaan untuk mereka yang berminat.
Mengenai pencapaian AIM, Ramanan berkata, agensi itu telah mengeluarkan lebih 4 juta ketua isi rumah daripada belenggu kemiskinan dan berjaya mengekalkan peratus Non-Performing Loan (NPL) sebanyak 0.09 peratus pada tahun lepas.
Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan AIM, Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin komuniti India serta 60 Sahabat Usahawan AIM berbangsa India di bawah seliaan AIM Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan
#Kuskop
#PENN
#AIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan