awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK

Bernama
Bernama
20/02/2025
20:30 MYT
Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Tengku Mohamad Rizam berkata, zakat pendapatan merekodkan kutipan tertinggi dengan sebanyak RM183.3 juta. - Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, zakat pendapatan merekodkan kutipan tertinggi dengan sebanyak RM183.3 juta.
"Ini diikuti zakat perniagaan RM54.1 juta, zakat wang simpanan (RM24.3 juta), zakat harta (RM13.5 juta) dan lain-lain zakat termasuk pertanian, fitrah, saham, emas, ternakan dan qada (RM19.1 juta).
"Antara faktor peningkatan kutipan disumbangkan melalui potongan gaji kakitangan kerajaan dan swasta melibatkan 30,865 orang pembayar dengan jumlah RM86.2 juta atau 30 peratus daripada jumlah besar kutipan zakat," katanya kepada pemberita di Majlis Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK 2024, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Tengku Mohamad Rizam berkata, MAIK berjaya mengagihkan wang zakat berjumlah RM269.4 juta tahun lepas, berbanding RM233.6 juta pada 2023, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus.
"Agihan zakat kepada semua empat kategori asnaf turut mencatatkan peningkatan iaitu bantuan asnaf Amil, Al-Gharimin, Al-Riqab dan Ibnu Sabil," katanya.
Beliau berkata, perbelanjaan program asnaf fakir dan miskin pula mencatat RM101.6 juta pada tahun lepas manakala agihan zakat pendidikan berjumlah RM24 juta, pengimarahan masjid mukim (RM16 juta) dan penyelenggaraan masjid (RM9.2 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kutipan zakat
#kategori asnaf
#masjid mukim
#MAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan