awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
Konflik Asia Barat: Iran terbuka kepada rundingan yang berprinsip dan logik
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah

Faida Rahim
Faida Rahim
28/05/2024
04:32 MYT
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Anwar berkata inisiatif tersebut akan dilakukan dalam pelaburan patuh syariah bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion melalui Dana Pemacu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata inisiatif tersebut akan dilakukan dalam pelaburan patuh syariah bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
“Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menubuhkan Pertukaran Sosial pertama Malaysia, pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.
“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti NGO, perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.
“Saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk kita di bawah kerajaan Malaysia melalui struktur wakalah ‘bil-khadamat’.
"Kita merancang untuk memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025, sambil berusaha untuk menyelesaikan semua pengaturan dan penyediaan diperlukan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#KWAP
#bil-khadamat
#pelaburan syariah
#Dana Pemacu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan