awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWIE, Kementerian Kewangan dan TNB tanggung diskaun penggunaan elektrik

Bernama
Bernama
06/08/2020
21:20 MYT
KWIE, Kementerian Kewangan dan TNB tanggung diskaun penggunaan elektrik
Sumber dana adalah daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). -Gambar fail
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata sumber dana bagi menampung pemberian diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) adalah daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Jumlah keseluruhan kos pemberian diskaun ini ialah sebanyak RM2.62 bilion.
KeTSA berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan daripada Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang ingin tahu sumber dana bagi memberi subsidi dalam pemberian diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan dalam Pakej PRIHATIN mengikut kategori penggunaan bulanan dan apakah kesan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila penggunaan elektrik dalam segmen domestik, segmen komersial dan industri berubah sepanjang tempoh PKP dan PKPB pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penggunaan elektrik berkurangan bagi sektor perdagangan (komersial) dan sektor perindustrian.
"Secara purata, sektor perdagangan mencatatkan penurunan penggunaan elektrik sebanyak 31 peratus manakala sektor perindustrian mencatatkan penurunan sebanyak 47 peratus.
"Pengguna domestik pula menunjukkan peningkatan penggunaan elektrik secara purata 23 peratus berbanding sebelum PKP apabila pengguna berada di rumah untuk jangka masa yang lama dan menggunakan lebih banyak peralatan elektrik daripada kebiasaan," katanya.
KeTSA berkata perubahan penggunaan elektrik dalam tempoh PKP berlaku apabila majoriti sektor industri dan komersial ditutup, menyebabkan jualan elektrik oleh TNB menurun kepada RM3.4 bilion secara purata bagi bulan April hingga Jun berbanding RM3.8 bilion sebelum tempoh PKP.
Topic Berkaitan
#Bantuan Prihatin Elektrik BPE
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#Kumpulan Wang Industri Elektrik KWIE
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Prihatin
#PKP
#PKPB
#rakyat
#rumah
#subsidi
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan