awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kes buli, KPM tunggu laporan penuh

Sinar Harian
Sinar Harian
12/12/2021
23:15 MYT
Lagi kes buli, KPM tunggu laporan penuh
Hang Soon berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas menerima laporan lengkap daripada pihak terlibat. - Foto Sinar Harian
IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunggu laporan daripada pihak berkaitan berhubung kejadian terbaharu kes buli melibatkan lima pelajar sekolah menengah berasrama di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas menerima laporan lengkap daripada pihak terlibat.
"Pada peringkat ini adalah lebih baik kita menunggu laporan terperinci daripada pihak berkenaan. Apa-apa tindakan kena berpandu kepada apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Angkat Sumpah Pemimpin Baharu Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak di sini pada Ahad.
Media melaporkan seorang pelajar tingkatan dua mengalami detik menyakitkan dalam hidupnya apabila dikurung dalam bilik selama kira-kira dua jam dan dibelasah pelajar senior di sebuah sekolah menengah berasrama di Muadzam Shah.
Difahamkan dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, mangsa bersama empat lagi rakan sebayanya dipukul, ditumbuk, disepak dan dikenakan 'hukuman' rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.
Ibu bapa pelajar terbabit telah membuat laporan polis pada Isnin lalu dan anaknya mengalami kesan lebam di bahu, paha, bawah mata, lengan dan juga kesan rotan di punggung.
Berhubung cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama, Hang Soon berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut.
"Terima kasih atas pandangan yang telah diberikan. Jadi pihak kementerian akan mengkaji pandangan tersebut dengan lebih mendalam," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#buli
#Kementerian Pendidikan
#Mah Hang Soon
#sekolah berasrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan