awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lahirkan lebih ramai pelaut tempatan, elak bergantung kru asing - Pengusaha maritim

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2025
08:38 MYT
Lahirkan lebih ramai pelaut tempatan, elak bergantung kru asing - Pengusaha maritim
Jeyenderan (tengah) bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menganjurkan bengkel industri, baru-baru ini - Foto Maritime Network
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pelaut tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kru asing, seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy, ramai rakyat Malaysia masih memandang kerjaya di laut secara negatif kerana perjalanan jauh, kehidupan terasing dan cabaran cuaca.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa kerjaya pelaut menawarkan peluang bekerja di peringkat global, gaji menarik serta laluan kerjaya yang jelas.
"Kerjaya pelaut tidak seperti kerja pejabat dari 9 pagi hingga 5 petang. Ia memerlukan syif sepanjang masa dan berada jauh dari rumah selama beberapa bulan.
"Ramai anak muda kini lebih mementingkan keseimbangan kerja dan kehidupan. Jadi mereka terlepas pandang manfaat jangka panjang kerjaya ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Media pada 4 Oktober lalu melaporkan Anthony memaklumkan hampir 40 peratus kru kapal di negara ini terdiri daripada warga asing.
Sehubungan itu, beliau menyeru lebih banyak syarikat tempatan menyokong Akademi Laut Malaysia (ALAM) melalui tajaan dan penempatan latihan.
Jeyenderan menambah, pihak industri perlu bekerjasama dengan institusi latihan serta pihak berkuasa pelabuhan untuk mempromosikan kerjaya maritim melalui program libat urus, hari terbuka, dan penajaan pelajar kadet.
Jelas beliau, Maritime Network misalnya turut menaja program kadet dan latihan industri untuk memastikan mereka mendapat latihan praktikal.
"Kami mahu tunjukkan bahawa kerjaya maritim merupakan laluan kerjaya jangka panjang, bukan sekadar pekerjaan sementara," ujarnya.
Setakat ini, Maritime Network, yang menyediakan penyelesaian sehenti untuk industri maritim telah melatih lebih 120 kadet bagi bidang dek, enjin dan pentadbiran darat.
Daripada jumlah itu, 20 hingga 25 peratus terdiri daripada wanita, sekali gus dilihat sebagai satu perkembangan positif ke arah keseimbangan gender dalam sektor maritim.
Topic Berkaitan
#Pelaut tempatan
#Kerjaya perkapalan Malaysia
#industri perkapalan
#Kru asing sektor perkapalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan