awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1,000 peserta warnai Visit Malaysia 2026 Color Run edisi Sungai Petani
Jaminan pembiayaan RM5 bilion, kelonggaran e-Invois bantu PMKS susulan krisis tenaga global - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Beijing kritik tindakan AS tembak, rampas kapal kargo Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksana transformasi ekonomi, kurangkan kebergantungan royalti petroleum - Pemangku Raja Terengganu

Xinhua News
Xinhua News
20/04/2026
07:29 MYT
Laksana transformasi ekonomi, kurangkan kebergantungan royalti petroleum -  Pemangku Raja Terengganu
Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama
Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail bertitah kerajaan negeri perlu melakukan transformasi struktur ekonomi untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan kepada hasil royalti petroleum yang tidak menentu.
Baginda bertitah kerajaan negeri perlu merangka strategi daripada pengeksport bahan mentah kepada aktiviti pembangunan produk hiliran selari dengan strategi dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Dengan mewujudkan ekosistem industri hiliran, Terengganu akan dapat mengukuhkan rantaian nilai ekonomi negeri melalui penghasilan produk, peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan negeri yang lebih stabil.
“Pembangunan kluster industri hiliran juga akan menarik pelaburan bernilai tinggi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi, sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mampan dan berdaya saing menjelang 2030, selaras dengan matlamat Transformasi Ekonomi Baru Terengganu (TNEXT),” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az.
Selain itu, Tengku Muhammad Ismail turut bertitah aktiviti pengeluaran hasil tanaman dan infrastruktur di Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu perlu terus diperkukuh agar pemain sektor itu dapat memperluas dan meningkatkan lagi pengeluaran hasil tanaman.
“Transformasi sektor pertanian perlu dilaksanakan melalui penggunaan teknologi seperti kaedah ‘smart farming’ (perladangan pintar) serta ‘precision agriculture’ (pertanian jitu) supaya sektor pertanian berubah kepada sektor yang lebih moden dan bernilai komersil. Usaha ini akan meningkatkan pendapatan rakyat serta memenuhi agenda sekuriti makanan negara,” titah baginda.
Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027, baginda bertitah pelbagai tarikan pelancongan seperti kebudayaan, pelancongan eko dan dan penginapan yang selesa perlu diperkasakan selain menitik berat aspek kebersihan dengan memastikan pengurusan sampah dapat diuruskan secara cekap.
“Oleh itu, beta mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil inisiatif sewajarnya untuk membudayakan mentaliti persekitaran bersih dalam kalangan seluruh rakyat,” titah baginda.
Mengenai unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dikenal pasti sebagai sumber pendapatan baharu yang berpotensi besar untuk diteroka, Baginda menyeru agar sumber mineral itu diuruskan dengan sebaiknya bagi menghasilkan pulangan kepada negeri.
“Sudah tiba masanya kerajaan negeri perlu melihat polisi eksport mineral ini sebagai bahan mentah tidak lagi diteruskan tetapi memberi tumpuan kepada pembangunan produk hiliran,” titah baginda.
Selain itu, baginda bertitah pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu secara keseluruhan telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 97 peratus dan bakal mengubah landskap logistik negeri menjadi hab logistik Pantai Timur.
Sehubungan itu, baginda menyarankan kerajaan negeri memanfaatkan peluang kelebihan infrastruktur tersebut untuk meningkatkan daya saing dalam konteks ekonomi domestik.
Tengku Muhammad Ismail turut bertitah indikator perumahan dalam Indeks Kesejahteraan Rakyat menunjukkan penurunan 1.9 peratus pada 2024 berbanding 2023.
Baginda bertitah antara faktor yang mempengaruhi penurunan peratusan penurunan itu ialah keupayaan untuk memiliki kediaman yang semakin berkurang dan jumlah penawaran unit rumah kepada bilangan isi rumah B40.
“Beta berharap usaha untuk menyediakan kemudahan kediaman yang baik dan selesa akan dipergiatkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat untuk jangka masa panjang terutama bagi golongan berpendapatan rendah,” titah baginda.
Sementara itu, baginda menekankan aspek integriti perlu kekal sebagai tunjang utama dalam pentadbiran untuk mengukuhkan kepercayaan awam.
“Penerapan nilai-nilai etika bukan sekadar di atas kertas, malah perlu diterapkan melalui budaya kerja yang telus di setiap peringkat organisasi.
“Beta menyeru agar inisiatif bagi meningkatkan integriti perlu diperbanyakkan untuk membentuk dan melahirkan budaya integriti yang tinggi,” titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Muhammad Ismail
#titah
#sidang dun
#ekonomi
#industri hiliran
#pertanian
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan