awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan udara terus baharu hubungkan bandar timur China dengan Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
20/03/2026
14:04 MYT
Laluan udara terus baharu hubungkan bandar timur China dengan Kuala Lumpur
Laluan udara terus baharu yang menghubungkan bandar Wuxi di timur China dengan Kuala Lumpur, Malaysia, dilancarkan pada Khamis, menandakan laluan tanpa henti pertama antara kedua-dua destinasi itu. - Gambar hiasan

Laluan udara terus baharu yang menghubungkan bandar Wuxi di timur China dengan Kuala Lumpur, Malaysia, dilancarkan pada Khamis, menandakan laluan tanpa henti pertama antara kedua-dua destinasi itu, lapor Xinhua memetik pegawai syarikat penerbangan.

Dikendalikan oleh Juneyao Air, perkhidmatan itu menawarkan tiga penerbangan ulang-alik seminggu, dengan masa penerbangan sehala kira-kira lima jam dan 55 minit.

Penerbangan keluar HO1563 berlepas dari Wuxi pada Selasa, Khamis dan Sabtu 8.55 malam waktu Beijing, dan tiba di Kuala Lumpur pada 2.50 pagi waktu tempatan keesokan harinya.

Penerbangan balik, HO1564, berlepas dari Kuala Lumpur pada Rabu, Jumaat dan Ahad pada 3.50 pagi waktu tempatan dan mendarat di Wuxi pada 9.15 pagi waktu Beijing.

Syarikat penerbangan itu menyatakan laluan baharu itu meluaskan rangkaian Wuxi ke Asia Tenggara, menyokong bukan sahaja kunjungan keluarga dan perjalanan perniagaan tetapi juga mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan pelancongan. Penerbangan masuk pertama dari Kuala Lumpur pada Jumaat mencatatkan faktor muatan sebanyak 96 peratus.

Menurut Kumpulan Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxi Sunan, laluan itu juga berfungsi sebagai rangkaian logistik antara industri dan pasaran. Penerbangan sulung itu membawa kira-kira 800 kilogram kargo dalam ruang simpanan pesawat, terutamanya bungkusan e-dagang rentas sempadan, sekali gus menonjolkan peningkatan permintaan untuk pengangkutan udara di samping perjalanan penumpang.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#China
#bandar Wuxi
#Kuala Lumpur
#penerbangan terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan