awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan pemilikan saham KP SPRM dijangka diterima hari ini - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/03/2026
05:48 MYT
Laporan pemilikan saham KP SPRM dijangka diterima hari ini - PM  Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika ditemui media pada Program Ihya Ramadan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih menunggu laporan daripada Peguam Negara berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut.
Beliau berkata kerajaan tidak wajar membuat kesimpulan selagi laporan rasmi Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki belum diterima dan diteliti sepenuhnya.
"Laporan itu yang saya tunggu. Katanya hari ini, tetapi (setakat ini) belum terima (laporan)," kata beliau ketika ditanya sama ada laporan siasatan jawatankuasa khas berkenaan telah disiapkan.
Anwar berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena Program Ihya’ Ramadan di sini hari ini.
Pada 13 Feb lepas, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu yang didakwa memiliki sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
Azam pada satu sidang media menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.
Pada 19 Feb lepas, Azam telah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu pemilikan saham itu.
Sebelum ini, dilaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#Azam Baki
#pemilikan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan