awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan kempen tidak sihat untuk demokrasi? COVID-19 tidak sihat untuk rakyat, kata Khairy

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
25/10/2021
23:28 MYT
Larangan kempen tidak sihat untuk demokrasi? COVID-19 tidak sihat untuk rakyat, kata Khairy
Khairy menegaskan risiko mendapat COVID-19 adalah bahaya untuk orang ramai, menjawab kenyataan penganalisis politik larangan berkempen adalah bahaya untuk demokrasi.
KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) yang melarang semua bentuk aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 Okt hingga 27 Nov ini menerima pelbagai reaksi masyarakat.
Ada yang menyambut baik keputusan tersebut sementara ada juga yang mempunyai pandangan mereka tersendiri yang sebaliknya.
Antara lain, penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi dilaporkan berkata, larangan yang dikeluarkan KKM itu merupakan amalan tidak sihat untuk demokrasi.
Pandangan beliau lantas menerima respons balas daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter yang menegaskan, COVID-19 adalah tidak sihat untuk rakyat.
"COVID-19 tidak sihat untuk manusia, kata KKM,” tulis Khairy dalam satu ciapan ringkas pagi ini.
COVID-19 unhealthy for human beings, says @KKMPutrajaya. https://t.co/1yG3g1AXYy
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 25, 2021
Tweet itu mendapat sambutan daripada netizen yang merasakan bahawa tindakan yang diambil KKM adalah tepat.
Namun, larangan aktiviti sosial ini hanya termaktub dalam kes pilihan raya negeri (PRN) Melaka sahaja.
Pada Ahad, Khairy berkata larangan dikeluarkan KKM ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) PRN dalam masa terdekat.
Ia dibuat berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Jelasnya, ia bagi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID19 dan peningkatan kes mendadak susulan penularan varian Delta dalam komuniti.
PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov dengan hari penamaan calon pada 8 Nov dan pengundian awal pada 16 Nov.
PRN Melaka bakal melibatkan 495,196 pengundi di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#COVID-19
#KKM
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan