awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laut China Selatan: Ada negara mahu berbincang sendirian dengan China - Saifuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/06/2019
09:12 MYT
Laut China Selatan: Ada negara mahu berbincang sendirian dengan China - Saifuddin
SAIFUDDIN: Semua rundingan dengan China khususnya dalam konteks Kod Tatalaku (COC) yang akan mula dibahaskan pada akhir tahun ini, haruslah dibuat secara ASEAN berkumpulan dengan China. - Bernama
Malaysia tegas dengan pendirian supaya sebarang perbincangan berkenaan pertikaian Laut China Selatan perlu dilakukan secara berkumpulan oleh 10 negara anggota ASEAN.
Pandangan itu dikemukakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah lantaran wujud usaha beberapa negara yang mahu berbincang dengan China secara berasingan.
“Dalam perkembangan keselamatan, dijangka isu tentang kedudukan China dalam (tuntutan) Laut China Selatan akan dibincangkan.
“Pendirian kita ialah supaya semua rundingan dengan China khususnya dalam konteks Kod Tatalaku (COC) yang akan mula dibahaskan pada akhir tahun ini, haruslah dibuat secara ASEAN berkumpulan dengan China.
“Kita (Malaysia) akan menekankan hal ini kerana ada juga usaha-usaha satu dua negara ASEAN yang hendak berbincang secara berasingan,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di sini hari ini.
Malaysia sebelum ini tegas dengan pendirian supaya penyelesaian secara damai diambil dan mengekalkan Asia Tenggara sebagai zon bebas konflik bersenjata.
Malah, Malaysia juga mahu Laut China Selatan dan Selat Melaka kekal sebagai kawasan penting aktiviti perdagangan serantau dan global.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Laut China Selatan
#pertikaian Laut China Selatan
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan