awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Tun Mahathir tumpu pertahanan, industri dan hubungan antarabangsa - Abd Razak

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/07/2019
23:02 MYT
Lawatan Tun Mahathir tumpu pertahanan, industri dan hubungan antarabangsa - Abd Razak
ABD RAZAK: Sesi soal jawab bersama dispora di Istanbul akan diadakan. - Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Turki akan menumpukan isu pertahanan, industri selain merapatkan hubungan antarabangsa Malaysia dan Turki.
Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab berkata, ia disimpulkan daripada destinasi lawatan empat hari Dr Mahathir sendiri di negara itu.
“Dr Mahathir akan diiringi tiga menteri Kabinet. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.
“Jadi, kalau kita lihat, tiga perkara akan dibincangkan dalam pertemuan empat mata itu adalah sekitar subjek tiga menteri itu iaitu hubungan antarabangsa, pendapat sama dengan Turki dalam isu serantau, isu besar seperti Palestin, Rohingya dan sebagainya.
“Dari segi pertahanan, saya percaya banyak perkara akan kita bincangkan dalam industri pertahanan. Dia (Turki) ada industri pertahanan, Turkish Aerospace Industries (TAI), itu semua di bawah industri pertahanan. Ada dibuat helikopter, helikopter penyerang, dron, ada untuk pertahanan dan juga ketenteraan,” katanya.
Abd Razak berkata demikian semasa sidang media 'curtain raiser' sempena lawatan rasmi empat hari Dr Mahathir ke Turki di kediamannya di sini, pada Rabu.
Dr Mahathir dijangka tiba di Ankara pada malam Rabu sebelum berangkat ke Istanbul pada Jumaat.
Beliau dijadual untuk menghadiri beberapa program termasuk lawatan ke Turkish Aerospace Industries (TAI), perjumpaan dengan 35 pemain industri di Turki dan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Istanbul.
Pastinya, program terbesar Dr Mahathir pastinya pertemuan empat mata dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Difahamkan, sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu dengan hanya dua soalan sahaja dbenarkan untuk wakil media dari kedua-dua negara.
Katanya lagi, sesi soal jawab bersama dispora di Istanbul akan diadakan sekali dengan minum petang dan Saifuddin akan menjadi moderator untuk majlis berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, Abd Razak menjelaskan, dagangan Malaysia di Turki pada 2018 berjumlah USD2.43 bilion (RM9.72 bilion).
Selain itu pada tahun lalu, seramai 95,000 rakyat Malaysia melancong ke Turki sementara 13,000 pelancong Turki memasuki negara.
Topic Berkaitan
#Abd Razak Abdul Wahab
#Ankara
#Istanbul
#lawatan kerja
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan