awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini

Bernama
Bernama
03/02/2023
09:31 MYT
Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini
Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.
Di JOHOR, 897 orang berada di tujuh PPS di dua daerah di negeri itu, berbanding 925 orang pada 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan, 871 orang daripada 246 keluarga berada di PPS di Batu Pahat berikutan banjir termenung, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga di Segamat.
Paras air Sungai Bekok di Batu Pahat dilaporkan masih melepasi tahap bahaya dengan bacaan 18.82 meter.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir turut berkurangan dengan 452 orang daripada 137 keluarga di tujuh PPS, berbanding 535 orang daripada 165 keluarga, pagi tadi.
JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Beaufort mencatatkan mangsa teramai dengan 200 orang, Telupid (174), Beluran (48) dan Paitan (30).
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat sedikit kepada 97 orang berbanding 72 orang pagi tadi dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan St Peter dan Dewan Kampung Mundai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
#JPBN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan