awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh

Bernama
Bernama
11/03/2022
13:14 MYT
Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Selangor Ir Izham Hashim pada sidang media selepas meninjau kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di Taman Bukit Permai 2 Ampang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lebih 150 cerun yang berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang dan Hulu Langat.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Selangor Ir Izham Hashim berkata cerun terbabit yang dikenal pasti menjadi tidak stabil akibat air hujan melampau sehingga menjejaskan kawasan itu.
Beliau berkata sebahagian besar cerun berisiko dikenal pasti selepas banjir di Selangor pada Disember lepas.
"Kita sudah minta Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysiamenjalankan pemantauan dengan lebih meluas dan dengan teknologi yang ada sekarang, kejadian tanah runtuh seperti ini dapat diminimumkan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini.
Mengulas kejadian tanah runtuh itu, Izham berkata kawasan tersebut tidak termasuk dalam senarai cerun yang berisiko.
"Kebiasaannya apabila berlaku kejadian tanah runtuh, akan ada petunjuk seperti keretakan dan runtuhan sedikit tetapi dalam kejadian di Taman Bukit Permai 2, tiada indikasi serta berlaku secara mengejut," katanya.
Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.
BACA: Tanah runtuh Bukit Permai: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus
BACA: Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Izham turut menolak kemungkinan kejadian bongkah batu yang terjatuh dari bukit berhampiran Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai pada 9 Mac lepas adalah petunjuk awal insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2.
Beliau juga berkata kejadian bongkah batu terjatuh berhampiran pangsapuri berlaku kira-kira empat kilometer dari lokasi insiden tanah runtuh semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Selangor
#Taman Bukit Permai
#Gombak
#Ampang
#Hulu Langat
#Ir Izham Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan