awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 7,000 dokumen diklasifikasi fail fungsian - Arkib Negara

Bernama
Bernama
17/04/2025
21:00 MYT
Lebih 7,000 dokumen diklasifikasi fail fungsian - Arkib Negara
Sejumlah 7,409 unit dokumen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mendapat Klasifikasi Fail Fungsian yang dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Rekod Elektronik yang mendapat perakuan Arkib Negara Malaysia pada tahun ini. - Gambar Bernama
IPOH: Sejumlah 7,409 unit dokumen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mendapat Klasifikasi Fail Fungsian yang dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Rekod Elektronik yang mendapat perakuan Arkib Negara Malaysia pada tahun ini.
Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata, ia dilakukan bagi memperkukuh sistem pengurusan rekod jabatan selaras dengan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
"Rekod (Klasifikasi Fail Fungsian) ini akan menjadi rujukan berterusan kepada sesebuah agensi dan jabatan kerajaan," katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Jadual Pelupusan Rekod Fungsian Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, di sini, pada Khamis.
Majlis berkenaan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, Azman Saad berkata, 436 dokumen fungsian telah dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Rekod Elektronik yang mendapat perakuan Arkib Negara Malaysia.
"Dalam mendepani persekitaran digital, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah menggunakan sepenuhnya Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) bagi tujuan merekod segala surat dan dokumen.
"Penggunaan DDMS itu memperlihatkan urusan perekodan surat dan dokumen dapat dibuat secara sistematik dan teratur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fail fungsian
#Arkib Negara
#dokumen
#Jaafar Sidek Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan