awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bawa air ketum, pil yaba ditahan selepas dikejar polis

Bernama
Bernama
20/08/2025
14:54 MYT
Lelaki bawa air ketum, pil yaba ditahan selepas dikejar polis
Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dikejar polis di Jalan Tumpat-Kota Bharu, semalam, kerana memiliki air ketum dan pil yaba. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dikejar polis di Jalan Tumpat-Kota Bharu, semalam, kerana memiliki air ketum dan pil yaba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu menerima maklumat daripada IPD Tumpat pada 6.15 petang, berhubung suspek yang memandu Mitsubishi Pajero dan Proton Preve.
"Dengan bantuan kereta peronda (MPV) IPD Kota Bharu, suspek yang memandu Pajero berjaya ditahan pada 6.46 petang, manakala pemandu Proton Preve melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan sebotol plastik berisi cecair dipercayai air ketum serta sebatang straw berisi pil merah disyaki pil yaba.
Wan Ruzailan berkata semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran Proton Preve adalah palsu, manakala suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#pil yaba
#air ketum
#Polis Daerah Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan