awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ceroboh Balai Polis Dato' Keramat dituduh halang tugas penjawat awam

Bernama
Bernama
21/05/2024
11:02 MYT
Lelaki ceroboh Balai Polis Dato' Keramat dituduh halang tugas penjawat awam
Pada Ahad lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato' Keramat dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menghalang tugas anggota sentri berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Dato' Keramat di sini pada Ahad lepas.
Tertuduh Supramaniam, 35, didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis lelaki berusia 25 tahun itu dalam menjalankan tugasnya di pekarangan balai tersebut pada 4 pagi, 19 Mei lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan tidak boleh mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.
Bagaimanapun peguam Ranjit Singh Sandhu yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai penjaga parkir.
Majistret Nadratul Naim Mohd Saidi membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pada Ahad lepas, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato' Keramat di sini dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri.
Hamzah berkata suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol menyuruh anggota bertugas membuka pintu pagar sambil mengeluarkan kata-kata kesat sebelum cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar sehingga berlaku pergelutan sebelum suspek ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh balai polis
#Balai Polis Dato' Keramat
#identiti suspek
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan