awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dihanyutkan kepala air ketika berkelah di air terjun Bukit Larut

Bernama
Bernama
26/12/2018
14:29 MYT
Lelaki dihanyutkan kepala air ketika berkelah di air terjun Bukit Larut
Saksi memaklumkan semasa kejadian mangsa Jastine Michael, 24, berada di atas seketul batu sebelum tiba-tiba dihanyutkan kepala air deras. - Foto Bernama
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada anggota keluarga itu dikhuatiri lemas, petang Rabu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang.
Katanya saksi memaklumkan, semasa kejadian mangsa Jastine Michael, 24, berada di atas seketul batu sebelum tiba-tiba dihanyutkan kepala air deras.
"Sebaik menerima panggilan kira-kira 3.30 petang, sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan gerakan mencari mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi.
Rafeel berkata usaha mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meliputi jarak sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Operasi mencari akan diteruskan sehingga tengah malam ini dan akan bersambung esok pagi sekiranya mangsa masih tidak ditemui, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#bomba
#keluarga
#lemas
#Malaysia
#mangsa
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan