awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki tokan dadah ditemui mati tertiarap di Bandar Puteri Klang

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2016
08:28 MYT
Lelaki disyaki tokan dadah ditemui mati tertiarap di Bandar Puteri Klang
Polis percaya mangsa dibunuh sebelum dibuang ke lokasi terbabit. - Foto Astro AWANI
Mayat seorang lelaki disyaki tokan dadah ditemui tertiarap di lorong belakang deretan kedai Bandar Puteri Klang di sini pagi tadi.
Mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan sekitar jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan forensik menemui kesan kecederaan di badan dan kepala mangsa.
"Mangsa dijumpai dengan memakai baju petak berwarna biru dan seluar jeans hitam serta tidak memakai kasut. Hasil siasatan, kita percaya bahawa mayat ini telah dibunuh di tempat lain dan telah dibuang di tempat berkenaan.
"Berdasarkan kepada keadaan mayat yang tidak memakai kasut itu juga dipercayai tiada unsur pergelutan berlaku di kawasan kejadian.
"Daripada siasatan kita terhadap fizikal mayat, kita percaya bahawa mangsa ialah warganegara Malaysia dan terdapat juga suntikan cacar yang pada lengan mangsa," katanya di sini.
Menurut Alzafny, pihaknya percaya mangsa dibunuh sebelum dibuang ke lokasi terbabit.
Setakat ini, identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti dan polis masih menyiasat punca kejadian.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alzafny Ahmad
#Bandar Puteri Klang
#ditemui mati
#Ketua Polis Daerah Klang Selatan
#tokan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan