awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan, dadah lebih RM630,000 dirampas di Miri

Bernama
Bernama
14/04/2026
04:13 MYT
Lelaki ditahan, dadah lebih RM630,000 dirampas di Miri
Serbuan pertama di kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya, membawa kepada penahanan suspek berumur 33 tahun itu bersama dengan dadah disyaki jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah bernilai lebih RM630,000 dalam dua serbuan berasingan di Miri pada 5 April lepas.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata serbuan pertama di kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya, membawa kepada penahanan suspek berumur 33 tahun itu bersama dengan dadah disyaki jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 150 gram.
Beliau berkata serbuan kedua dilakukan hasil maklumat daripada suspek warga tempatan itu yang membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Lorong Murni, Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya.
“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat 3.37 kilogram.
“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM634,687.50 dan dipercayai boleh menjejaskan kira-kira 4,010 individu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Farhan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis kini giat memburu saki-baki ahli sindiket yang masih bebas bagi memastikan rangkaian itu dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Miri
#kes rampasan dadah
#Sarawak
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan