awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan dipercayai muat naik kenyataan jelik terhadap PDRM

Bernama
Bernama
04/06/2017
05:45 MYT
Lelaki ditahan dipercayai muat naik kenyataan jelik terhadap PDRM
Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis. -Gambar fail
Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis.
"Terdahulu, polis Johor menerima satu laporan berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook terhadap PDRM pada 1.30 tengah hari, semalam.
"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu yang terlibat," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Sehubungan itu semua pengguna media sosial dinasihati supaya lebih berhemah semasa menggunakan media sosial, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kenyataan jelik
#PDRM
#polis johor
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan