awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hina pemimpin negara di laman sosial ditahan

Bernama
Bernama
10/04/2017
14:41 MYT
Lelaki hina pemimpin negara di laman sosial ditahan
Lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Klang, Selangor hari ini kerana disyaki melakukan penghinaan terhadap pemimpin negara melalui laman sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata pihaknya menahan lelaki berkenaan kira-kira 3.15 petang serta merampas telefon bimbit dan simkad.
"Lelaki itu mengaku menggunakan telefon bimbit dan menghina kerajaan di laman sosial Facebook," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Sukri berkata sebelum itu, satu laporan polis terhadap lelaki berkenaan dibuat orang awam pada Rabu lepas selepas gambarnya memakai baju dan memegang kertas tertera tulisan menghina pemimpin negara menjadi tular di laman sosial.
Katanya, lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Klang
#laman sosial
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan